Monday 22 October 2012

Solat, Tapi Kenapa Masih Buat Maksiat?


Solat itu tiang agama. Solat juga penghalang dari melakukan maksiat dan perkara mungkar. Tapi kenapa org yang solat, masih buat apa yang Allah larang?

Solat tapi tak tutup aurat dengan sebaik mungkin.
Solat tapi adakan hubungan dengan yang haram.
Solat tapi melawan cakap ibubapa.
Ini adalah contoh yang berlaku di dunia sekarang.
Kenapa boleh jadi sedemikian??

Cuba refleksi diri. Nilai semula kualiti solat kita. Bagus, baik, atau tidak?
Kalau kita solat dengan bersungguh-sungguh, pasti Allah akan melindungi kita dari kemaksiatan.
Kalau kita tunaikan solat dengan halai-balai, tidak kusyuk, tiada penghayatan, dalam rasa terpaksa untuk menunaikan, mungkin ini sebab kita masih terjebak dengan dosa walaupon kita menjaga solat.

Renung-renungkan.. Orang yang ambil berat tentang solat akan merasakan solat itu ringan, tetapi orang yang ambil ringan pasal solat akan merasakan solat itu berat untuk ditunaikan.
Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa tunduk dan patuh kepadaNya..
Allahuakbar, Allah Maha Besar.. Maafkan kelalaian hamba-hambaMu di saat kami sujud merendahkan diri kepadaMu ya Allah.. T_T

Friday 12 October 2012

Berdakwah. Wajib atau tak?

"Ala, ustazkan ada. Buat apa kita susah payah nak tegur dia. Tegur dia pun tak lut punya la."
" Mak ayah dia boleh nasihatkan dia la, kita nie siapa dengan dia nak nasihatkan dia."
" Saya nie orang biasa, ilmu pun tak cukup di dada, macam mana nak bagi nasihat kat orang? Diri sendiri pun terkontang kanting."

Situasi ini benar-benar berlaku. Even saya sendiri pernah berfikiran sebegini. Jarang menasihatkan orang, sebabnya merasakan diri ini belum cukup baik untuk nasihatkan orang. Tapi, sebenarnya salah berfikiran sebegitu.. Kenapa? Scroll bawah lagi...

Antara sebab kita sebagai manusia yang jahil tak perlu takut/ rendah diri/ rasa kurang ilmu untuk sesuatu kesalahan, dosa, maksiat yang berada di sekeliling kita adalah

a) Allah telah memerintahkan kepada semua hambaNya yang bernyawa untuk melakukan amar makruf nahi mungkar. Apa maksudnya? Amar makruf nahi mungkar = melakukan perkara kebaikan meninggalkan perkara mungkar. Sebagai makhluk Allah, kita perlu mengajak diri dan orang lain ke arah kebaikan, bukan ke arah kejahatan. Perkara-perkara maksiat dan mendatangkan dosa, kita tinggalkan. Jangan berpaling semula melihatkan kejahatan itu, melainkan untuk muhasabah diri, mengenang dosa-dosa diri dengan rasa takut kepada Allah.

b) sampai bila nak tunggu diri baik, baru nak berdakwah? Saya pernah ditegur dengan soalan sedemikian dan saya tak mampu menjawab dengan baik. Dakwah itu tak mengira usia, jantina, umur dan apa pun. Asalkan punya kefahaman dan ilmu, boleh saja berdakwah. Tak kira kepada siapa kita berdakwah, kawan-kawan, mak ayah, keluarga atau masyarakat. Kalau kita tunggu diri menjadi baik, alamatnya sampai maksiat berleluasa baru lah nak nasihatkan. Nak tunggu sampai kita betul-betul bersedia, makin ramai la orang yang tersesat dengan keindahan palsu duniawi. Jadi, ada sahaja ilmu, TEGUR la. Jangan pikir diri kena pakai tudung labuh, baju longgar baru nak nasihatkan orang. Sambil kita berdakwah, kita juga sedang mentarbiyahkan diri sebenarnya. Sebab kita ini manusia yang lalai, yang perlu diingatkan sentiasa.

c) Nabi Muhammad SAW telah pun berpesan kepada kita, "sampaikanlah ayatku walaupun sepotong ayat". Maknanya, kita kena sampaikan sunnah Nabi Muhammad SAW walaupun sedikit cuma. Jangan terlalu mengharapkan orang lain yang memberi nasihat, sedangkan kita mampu untuk berbuat demikian.

Tegurla orang lain walaupun kita rasa orang tak kan dengar apa kita cakap. Ye, manusia nie egois. Tak suka orang nasihatkan dia. Tapi, kalau selalu kita nasihatkan dia, InsyaAllah akan melekat juga dalam hati dia. Cuma, selepas itu, sama ada dia nak berubah atau tak, mengikut kata hati dia. Hidayah itu milik Allah, kepada siapa Dia memberi, itu hak Dia, kita jalankan saja tanggungjawab kita sebagai pembuka pintu hati kepada hidayah Allah itu.

Namun, kita kena titik beratkan juga cara penyampaian. Jangan main sedap mulut je kau nak tegur orang. Tegurla secara berhemah, itu yang dianjurkan oleh Islam. Jangan tegur kawan-kawan di hadapan orang lain sehingga memalukan dia, dia tak akan terima apa yang kita nasihatkan. Lembut memberi nasihat menggunakan suara yang lembut, bukan lantang. Suara biar lembut tapi tegas. Hati manusia mudah tersentuh dengan gaya percakapan sedemikian.

Memberi perhatian kepada dia, bersama dengannya saat suka dan duka, mendengar luahan hatinya adalah satu wadah untuk kita menyampaikan dakwah. Selitkan sedikit tentang Islam, ceritakn sedikit tentang keindahan Islam, InsyaAllah dia akan mendengar apa kita cuba sampaikan. Dan kita, sebagai penyampai dakwah, mesti bersifat baik, baru orang percaya dengan apa kita cakap. Bina peribadi dan akhlak mulia.

Jadilah insan CERMIN agama. Bila dia melihat kita, dia INGAT tuhan. Bila kita lihat dia, kita INGAT Islam.

Jom jalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah ! <3